Rabu, 21 November 2012

Kek Lapisan Horlick

Bahan-bahan:
1 gelas cream cracker 100g
1 1/2 gelas tepung gandum
10 biji telur
1 1/2 gelas gula halus
14 oz mentega
1/2 tin susu manis
200g Horlick
2 sudu besar Golden Syruo
sedikit esen vanilla
1 sudu besar ovellette

Cara-cara membuatnya
  1. Pukul telur dan gula hingga pekat.
  2. Masukkan ovellette.
  3. Pukul adunan tersebut hingga sebati.
  4. Mentega,susu,horlick,tepung,cracker,golden syrup dan esen vanilla dipukul ditempat yang lain sebagai satu adunan.
  5. Gaul lagi dan masukkan tepung gandum.
  6. Bahagi adunan tersebut kepada 2 
  • kosong.
  • browning sugar. 
     7. Kukus.

Ayam Kurma Kacang

Bahan-bahan:
1 ekor ayam 2kg
1/2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 paket rempah kurma
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih       [digiling]
2 cm halia
1/2 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak  [ditumbuk]
2 biji limau nipis
1 sudu teh air mawar
1 sudu besar garam
1/2 biji kelapa dibuat kerisik
1 cawan pati santan pekat
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara-cara membuatnya:
  1. Perap ayam dengan bahan giling dan rempah kurma.
  2. Tumis rempah tumis.
  3. Masukkan ayam,santan pekat.
  4. Setelah ayam empuk,masukkan susu cair dan jus limau,
  5. Masukkan bawang besar,kacang tumbuk dan kerisik apabila kuah pekat.
  6. Akhir sekali,masukkan air mawar.

Selasa, 20 November 2012

Ketam Bunga Masak Berempah

Bahan-bahan:
1 kilo ketam bunga
1 peket rempah tumis
3 sudu makan serbuk ketumber
2 sudu makan garam masala
sedikit air
5 sudu tomato puri
1sudu makan stok ayam
1 ikat daun ketumbar
1 ikat daun pudina
sedikit minyak sapi
sedikit minyak masak

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia

cara-cara membuatnya:
panaskan minyak dan minyak sapi tumis bahan kisar,rempah tumis kemudian masukkan serbuk ketumber dan serbuk  garam masala,air,tomato puri,serbuk ayam,daunketumber,daun pudina akhir sekali masukkan  ketam.

Asam Tempoyak Ikan Baung

Bahan-bahan:
1 ekor ikan baung diperap dengan air limau nipis
5 ulas bawang putih (dicincang )
1 biji bawang besar (dihiris)
5 sudu besar tempoyak
1/2 cawan air asam jawa
1 biji timun
1sudu stok ikan
sedikit garam

bahan kisar:
5 biji cili besar
5 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara membuatnya:
1.Panaskan kuali.
2. Masukkan air,bawang putih cincang,bawang besar hiris,bahan kisar,tempoyak.
3. Biarkan air tersebut mendidih. Masukkan ikan,air asam jawa,timun,garam dan stok ikan.

Ikan Patin masak Serai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (perap dengan air limau)
1/2 cawan tepung jagung
1 biji putih telor
sedikit garam
1 biji bawang besar dimayang bulat
2 biji bawang putih diketuk
3 helai daun limau purut dimayang halus
sedikit serbuk perasa
sedikit gula

Bahan kisar:
4 batang serai
2 cm kunyit hidup
20 cili padi

Hiasan:
Daun limau purut dihiris halus
Cili merah dihiris

Cara-cara membuatnya:
1.Sapukan putih telur di atas ikan.
2. Celupkan ikan dalam tepung jagung.
3. Panaskan minyak yang banyak.
4. Goreng ikan hingga kekuningan.
5. Tumis bawang putih.
6. Masukkan bahan kisar sehingga naik baunya.
7. masukkan garam,ikan goreng,daun limau purut hiris halus,serbuk perasa dan gula.


 

Ayam Goreng Bersos

Bahan-bahan:
1/2 buku mentega
5 biji bawang merah (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
1/2  botol sos tomato
5 biji bawang besar (dihiris)
5 ketul ayam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh lada  sulah

Cara-cara Membuatnya:

1.Ayam diperap dengan serbuk pati ayam dan lada sulah selama 1/2 jam.
2.Goreng ayam tersebut sehingga garing
3.Ketepikan.
4.Panaskan mentega.
5.Tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga kekuningan.
6.Masukkan sos tomato,ayam goreng dan bawang besar yang dihiris.
7.Hidangkan.

Isnin, 19 November 2012

Kari Ikan dengan Terung Bulat

Bahan:
2 ekor ikan
1 sudu kecil biji sawi
sedikit daun kari
1 sudu kecil serbuk lada sulah
5 sudu besar serbuk kari ikan
5 biji terung bulat putih
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai cili hijau
5 biji tomato
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair

Bahan untuk dikisar:
10g cili kering [direbus dahulu]
5 batang serai
5 biji bwg merah

Cara membuatnya:
1.Tumis biji sawi,daun kari,serbuk lada sulah dan serbuk kari.
2.Bila naik minyak,baru masukkan bahan kisar.
3.Bila mendidih,baru masukkan terung bulat putih,ikan,air asam jawa,cili hijau dan tomato.
4.Akhir sekali masukkan santan cair dahulu bila masak baru masukkan santan pekat.
5. Hidangkan.



Ikan Siakap Goreng Bersos

Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji kuning telur
sedikit garam
sedikit gula
1 cawan kecil tepung jagung

Sos:
5 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 ikat daun ketumbar
5 helai daun limau purut
1/2 cawan air asam jawa
1/4 cawan cuka.
3 sudu makan sos ikan
sedikit air
gula
garam.

Cara membuatnya:
1. Gaul ikan bersama garam dan gula
2. Lumurkan dgn tepung jagung
3. Goreng dan ketepikan.

Sos:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih,cili kisar,daun limau purut,daun ketumbar,air asam jawa,cuka,sos ikan,gula dan sedikit air.
3. Akhir sekali,masukkan garam.
4. Tuangkan keatas ikan goreng tersebut.


Kuih Lenggang

Kuih Lenggang

Resipi:
100g tepung gandum
Sedikit garam
2 biji telur
1 mangkuk besar air daun pandan
1/2 mangkuk kecil santan pekat

Inti:
1/4 cawan air
1/2 cawan gula melaka         
1/4 cawan gula pasir             
2 helai daun pandan
1 mangkuk kelapa parut
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil air tepung kanji

Sos:
75ml santan
Garam
Gula
Tepung kanji
Daun pandan

Cara2 membuatnya:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
2. Buat lubang di tengah-tengah tepung.
3. Masukkan telur,air,daun pandan dan santan pekat ke dalam lubang tersebut
4. Perap selama 1/2 jam.
Inti:
1.Didihkan air.
2. Masukkan daun pandan,gula melaka,gula pasir,kelapa parut,garam dan air tepung kanji.
3. Masak sehingga pekat
Sos:
-Semua bahan dimasak hingga pekat.

Sabtu, 5 Mei 2012

BEBOLA MOZELLA KEJU GORENG

5 biji bebola mozella keju
3biji telor dipukul sedikit
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk roti
1kilo minyak masak untuk mengoreng

Cara-cara  membuatnya:
Panaskan minyak.
Tos mozella keju gaul dalam tepung celup dalam telor gaul dalam serbuk roti
Sekali lagi celop dalam telor gaul dalam serbuk roti .
Akhir sekali goreng hingga kekuningan. 

Bahan untuk sos.

3 sudu besar  mayonis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil jus lemon
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
cara membuatnya:
Gaul semua bahan.