Selasa, 1 Ogos 2023

Kari ayam bersama kentang

 Bahan-bahannya;

1 kg ayam.

1/2 kg kentang.

1 kotak kecil santan kara.

5 ulas bawang putih dihiris.

5 biji bawang merah dihiris.

2 inci halia dihiris.

1 batang kayu manis.

5 kuntum bunga lawang.

1 paket kecil serbuk kari.

3 tangkai daun kari.

500ml air panas.

1/2 sudu teh garam.

2 sudu teh gula.

1/2 sudu teh  serbuk perasa.

1 kiub pati  ayam.

1 sudu teh lada sulah.

Sedikit air asam jawa.  

Cara-cara memasaknya;

Panaskan minyak tumis bawang putih, kayu manis,bunga lawang hingga wangi.

Bancuh serbuk kari bersama daun kari, hirisan bawang merah dan air.

Masuk ke dalam bahan tumis gaul sebati hingga pecah minyak.

Bila sudah pecah minyak masukkan ayam gaul lagi tutup sebentar.

Bila ayam sudah separuh masak masukkan kentang yang sudah direbus.

Akhir sekali masukkan santan, air panas,garam,gula,serbuk perasa,pati ayam,lada sulah.

Dan air asam jawa.