Jumaat, 30 Jun 2023

kambing masak lada hitam

 Bahan-bahan:

1 kg kambing.

2 bungkus perancah  lada hitam .

1 kg bawang besar.

1/2 bungkus mentega.

1/2 bungkus cendawan centaki direndam dihiris nipis.

2 tangkai daun bawang dihiris.

Cara-cara memasaknya:

Panaskan mentega masukkan daging kambing.

Gaul -gaul sampai airnya kering dengan api perlahan.

Masukkan perencah lada hitam dan cendawan centaki gaul sebati dengan api perlahan.

Kemudian masukkan air panas mendidih 300ml.

Tutup sebentar.

Akhir sekali masukkan bawang besar  dan daun bawang.

Sedia dihidangkan.