Jumaat, 28 Julai 2023

Daging masak cili hijau muda.

1 kg daging sapi.

1/2 kg cili hijau  muda dikisar.

15 biji bawang merah dikisar.

10 biji bawang putih dikisar.

1 inci halia dikisar.

1inci lengkuas diketuk..

5 helai daun salam.

 Minyak masak untuk menumis.

1 kiub pati daging.

1 sudu teh  garam. 

 3 sudu teh gula.

1sudu teh lada hitam. 

1sudu teh lada sulah.

 Cara-cara memasaknya;

Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga kekuningan.

Masukkan lengkuas dan daun salam.

Masukkan daging dan gaul sehingga sebati.

Bila daging hampir masak masukkan pati daging,garam ,gula,lada hitam, lada sulah.  

Jumaat, 14 Julai 2023

Ikan bawal hitam masak lada hitam

Bahan -Bahannya;

500gm ikan bawal hitam.

50gm mentega.

3biji bawang holland.

5 ulas bawang putih.

1/2 tin susu cair.

1/2 sudu teh lada putih.

1/2 sudu teh lada hitam.

1sudu teh garam.  

3 sudu makan kicap pekat.

Cara-cara memasaknya;

Panaskan mentega tumis bawang holland dan bawang putih hingga kekuningan.

Bila sudah agak garing masukkkan susu cair ,ikan bawal hitam gaul sebati.

 Kemudian barulah masukkan lada putih ,lada hitam ,garam,kicap.