Selasa, 20 November 2012

Ikan Patin masak Serai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (perap dengan air limau)
1/2 cawan tepung jagung
1 biji putih telor
sedikit garam
1 biji bawang besar dimayang bulat
2 biji bawang putih diketuk
3 helai daun limau purut dimayang halus
sedikit serbuk perasa
sedikit gula

Bahan kisar:
4 batang serai
2 cm kunyit hidup
20 cili padi

Hiasan:
Daun limau purut dihiris halus
Cili merah dihiris

Cara-cara membuatnya:
1.Sapukan putih telur di atas ikan.
2. Celupkan ikan dalam tepung jagung.
3. Panaskan minyak yang banyak.
4. Goreng ikan hingga kekuningan.
5. Tumis bawang putih.
6. Masukkan bahan kisar sehingga naik baunya.
7. masukkan garam,ikan goreng,daun limau purut hiris halus,serbuk perasa dan gula.


 

Ayam Goreng Bersos

Bahan-bahan:
1/2 buku mentega
5 biji bawang merah (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
1/2  botol sos tomato
5 biji bawang besar (dihiris)
5 ketul ayam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh lada  sulah

Cara-cara Membuatnya:

1.Ayam diperap dengan serbuk pati ayam dan lada sulah selama 1/2 jam.
2.Goreng ayam tersebut sehingga garing
3.Ketepikan.
4.Panaskan mentega.
5.Tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga kekuningan.
6.Masukkan sos tomato,ayam goreng dan bawang besar yang dihiris.
7.Hidangkan.

Isnin, 19 November 2012

Kari Ikan dengan Terung Bulat

Bahan:
2 ekor ikan
1 sudu kecil biji sawi
sedikit daun kari
1 sudu kecil serbuk lada sulah
5 sudu besar serbuk kari ikan
5 biji terung bulat putih
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai cili hijau
5 biji tomato
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair

Bahan untuk dikisar:
10g cili kering [direbus dahulu]
5 batang serai
5 biji bwg merah

Cara membuatnya:
1.Tumis biji sawi,daun kari,serbuk lada sulah dan serbuk kari.
2.Bila naik minyak,baru masukkan bahan kisar.
3.Bila mendidih,baru masukkan terung bulat putih,ikan,air asam jawa,cili hijau dan tomato.
4.Akhir sekali masukkan santan cair dahulu bila masak baru masukkan santan pekat.
5. Hidangkan.



Ikan Siakap Goreng Bersos

Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji kuning telur
sedikit garam
sedikit gula
1 cawan kecil tepung jagung

Sos:
5 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 ikat daun ketumbar
5 helai daun limau purut
1/2 cawan air asam jawa
1/4 cawan cuka.
3 sudu makan sos ikan
sedikit air
gula
garam.

Cara membuatnya:
1. Gaul ikan bersama garam dan gula
2. Lumurkan dgn tepung jagung
3. Goreng dan ketepikan.

Sos:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih,cili kisar,daun limau purut,daun ketumbar,air asam jawa,cuka,sos ikan,gula dan sedikit air.
3. Akhir sekali,masukkan garam.
4. Tuangkan keatas ikan goreng tersebut.


Kuih Lenggang

Kuih Lenggang

Resipi:
100g tepung gandum
Sedikit garam
2 biji telur
1 mangkuk besar air daun pandan
1/2 mangkuk kecil santan pekat

Inti:
1/4 cawan air
1/2 cawan gula melaka         
1/4 cawan gula pasir             
2 helai daun pandan
1 mangkuk kelapa parut
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil air tepung kanji

Sos:
75ml santan
Garam
Gula
Tepung kanji
Daun pandan

Cara2 membuatnya:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
2. Buat lubang di tengah-tengah tepung.
3. Masukkan telur,air,daun pandan dan santan pekat ke dalam lubang tersebut
4. Perap selama 1/2 jam.
Inti:
1.Didihkan air.
2. Masukkan daun pandan,gula melaka,gula pasir,kelapa parut,garam dan air tepung kanji.
3. Masak sehingga pekat
Sos:
-Semua bahan dimasak hingga pekat.

Sabtu, 5 Mei 2012

BEBOLA MOZELLA KEJU GORENG

5 biji bebola mozella keju
3biji telor dipukul sedikit
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk roti
1kilo minyak masak untuk mengoreng

Cara-cara  membuatnya:
Panaskan minyak.
Tos mozella keju gaul dalam tepung celup dalam telor gaul dalam serbuk roti
Sekali lagi celop dalam telor gaul dalam serbuk roti .
Akhir sekali goreng hingga kekuningan. 

Bahan untuk sos.

3 sudu besar  mayonis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil jus lemon
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
cara membuatnya:
Gaul semua bahan.      

Selasa, 27 Disember 2011

Rendang Pedas Ikan Tongkol


600 gm ikan tongkol
3 gelas santan  kelapa
½ cawan kerisik
10  biji bawang merah
1 ½ cm kunyit
1 helai daun limau purut
15 biji cili kering
2 batang serai
2 keping asam gelugur
1 ½ cm lengkuas
Serbuk perasa
Garam

Cara-cara membuatnya:
-Semua bahan digiling kecuali daun kunyit dimayang halus .
-Ikan  dibersih dan buang tulangnya  letak dalam kuali.
-Gaul  bahan yang tadi dan masukkan kerisik .
-Perap setengah jam kemudian masukkan daun kunyit,serbuk perasa , garam  dan asam keping.    
-Masaklah hingga kuahnya pekat.

Jumaat, 23 Disember 2011

Ikan Masak Arab


3 ekor ikan bawal
½ cawan minyak sapi
1 cawan minyak
2 sudu besar jintan putih
350g cili kering
8 ulas bawang  putih
5 biji bawang  merah
2 inci halia 
500 gm kacang tanah ditumbuk  halus
3 sudu besar cuka
Nenas
Sos tomato
1 cawan  air
2 biji telor
Garam
Ajinomoto
Sedikit  serbuk kunyit

Cara-cara membuatnya:
Gaul ikan, serbuk kunyit,garam,telor dipukul sedikit.
Goreng ketepikan.
Panaskan minyak sapi tumis bahan kisar hingga garing masukkan nenas ,air ,sos tomato,garam,ajinomoto dan kacang.Akhir sekali masukkan cuka. 

Kari Ayam Indonesia


1 ekor ayam
½  sudu kecil lada sulah
3 sudu besar ketumber
Bahan giling:-
15 biji bawang merah
3 ulas bawang  putih
3 cm halia
2 inci kunyit hidup
1 batang serai

½ biji kelapa parut
Ambil  2 cawan santan
8 sudu minyak
 Sedikit garam
 Sedikit gula 
Sedikit  ajinomoto

 Cara -cara membuatnya:
Ayam digaul dengan bahan giling lada sulah serta ketumber perap sekejap kemudian goreng  dengan minyak .Setelah  kering masukkan santan dan garam, gula, ajinomoto.

Khamis, 8 Disember 2011

Resipi #9: Kari Ayam Hijau


Bahan A(dikisar):
Bwg merah
Bwg putih
Halia                                       
Serai
Lengkuas

Bahan B(dikisar)
Cili hijau
Daun ketumber

Bahan C(dihiris)
Cili hijau
Cili merah

Kentang
Ayam
Santan
Pati Lemon
Tomato
Serbuk perasa
Garam
Gula

Cara-cara membuatnya:
Panas kan minyak tumis bahan kisar. Bila agak garing,masukkan cili hiris ,kentang, ayam dan santan.
Bila separuh masak baru masukkan tomato ,serbuk perasa ,garam dan gula.
Akhir sekali masukkan jus lemon.