Rabu, 5 Disember 2012

Daging masak tomato

Bahan -bahannya:

1 kilo daging
1 tin tomato puree
1 tin susu cair
1 biji kelapa ambil pati saja(atau 1 mangkuk santan)
15 biji bawang putih
10 biji bawang merah
10 biji tomato
1biji buah pala (diparut)
2 batang serai
5 biji ubi kentang
1 cawan minyak masak
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 inci halia
2 inci lengkuas
sedikit cili kisar
sedikit garam
sedikit ajinomoto
1 peket rempah tumis


Cara-cara membuatnya:
1:lengkuas,halia,bawang putih,bawang merah,serai dikisar
2:Daging diperap dengan jintan putih ,jintan manis,buah pala 1/2 jam
3:Panaskan minyak masak dan minyak sapi masukkan bawang merah dan bawang  putih yang dihiris
4:Kemudian masukkan bahan yang dikisar biar garing dan masukkan daging yang sudah diperap tadi.
5:Bila air agak kering masukkan santan ,tomato puree,ubi kentang
6:Akhir sekali masukkan susu cair,garam,ajinomoto dan buah tomato

Kek puteri mandi

Bahan -bahannya:

10 biji telor ( 2dibuang  putih )
16 oz mentega
1 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1/2 gelas hollick
1/2 gelas coklat rice
1/2 tin susu manis
1tin kecil kelapa parut
1 susu kecil esen oren
200gm roti sultana
200gm gajus digoreng  dan ditumbuk

cara-cara membuatnya:

1:mentega dipukul dengan gula hingga kembang
2:masukkan telor pukul sebati
3:kemudian masukkan ,susu manis,tepung gandum dan roti sultana
4:bahagi kan kepada 2 bahagian
5:bahagian 1;hollick dan kelapa kering
6:bahagian 2;coklat rice dan gajus
7:bakar atau kukus

Selasa, 4 Disember 2012

Kuih sepit

bahan-bahannya:
2 biji telor
2 sudu minyak
20 gm gula
sedikit perwarna kuning
400 gm tepung gandum
1/2 biji kelapa dijadi 2 gelas santan

cara-cara membuatnya:

1:Gaul tepung,gula,telor,kemudian masukkan santan
2:Kemudian masukkan minyak,dan perwarna kuning,
3:Panaskan acuan kuih sepit atas api
4:Tuang 1 sudu  adunan masak hingga kekuningan
5:Setelah masak keluarkan dari acuan gulung

Lempeng berinti makanan laut

500 gm tepung gandum
500 gm atau 1/2 liter susu uht
150 gm mentega cair
3 biji telor
sedikit tomato pes

cara-cara membuat lempeng:
1:Gaul tepung ,susu, tomato pes,mentega,telor,
2:Kacau sebati kalau terlalu pekat masukkan susu atau air
3:Panaskan kuali leper lempengkan tuangkan aduanan 1 seduk besar   
4:Bila agak kekuningan letak inti lipat angkat

Bahan inti:
100 gm isi ikan
 80 gm sotong
70 gm isi udang
5 ulas bawang putih
3 batang seleri
10 biji cendawan butang
1 ikat daun pasly
1 sudu teh lada sulah
sedikit garam
1/2 tin krim segar

cara-cara membuat inti:
1:Panaskan mentega tumis bawang putih,batang seleri,cendawan butang
2:Kemudian masukkan isi ikan,sotong,udang kacau sebati
3:Akhir sekali masukkan daun pasly,lada sulah,garam, dan krim segar


 

Jumaat, 30 November 2012

Pasta ole-ole

1 peket pasta (direbus campur sedikit minyak zaitun)
2 sudu makan minyak zaitun
5 keping tukkey ham
5 keping selami
2 biji cili begala
1 tin kecil krim
2 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh oregano
1 sudu teh lada hitam
sedikit garam
sedikit keju permesan
sedikit pasly cincang


cara-cara membuatnya:
1:panaskan minyak zaitun masukkan tukkey ham ,selami,cili bengala,krim
2:bila agak mendidih masukkan serbuk bawang putih,oregano,lada hitam,,garam,
3:biar sebentar baru masukkan permesan,pasly cincang

UDANG MENTEGA TELOR MASIN

10 ekor udang ( digaul  garam )
3 sudu  susu cair
2 biji telor
sedikit minyak
sedikit mentega
sedikit daun kari
4 ulas bawang putih
5 biji cili padi
3 sudu makan oat
1 ikat daun bawang sup
 5biji telor masin ambil kuningnya saja

 cara-cara membuatnya:
1:Goreng telor dalam minyak yang banyak gaulkan hingga kekuningan toskan
2:panaskan minyak dan mentega masukkan daun kari ,bawang putih,susu cair,udang cili padi,
3:kemudian masukkan telor masin,oat,daun bawang,telor yang sudah digoreng
3:

Khamis, 29 November 2012

KUIH BAKAR DAGING CINCANG

300 gm daging cincang
1 biji kelapa dijadikan santan
5 biji telor
5 sudu makan tepung gandum

Bahan dihiris halus

5biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4batang daun sup
4batang daun bawang

sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk perasa

cara-cara membuatnya:
1:panaskan minyak goreng daging kemudian toskan
2:dalam minyak yang sama goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing
3:pukul telor sampai kembang
4:kemudian masukkan tepung ,santan,gaul rata
5:masukkan bahan goreng daun sup dan daun bawang
6:akhir sekali msukkan garam,serbuk perasa,lada sulah
7:acuan diglis dengan mentega
8:alaskan dengan kertas minyak
9:bakar dalam oven dengan suhu 180d/c
10: 1/2 jam ataupun 45 minit







"




Rendang daging jawa

1 ekor ayam dipotong lapan ketul

BAHAN-BAHAN DIKISAR:
2 sudu ketumber
2 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
1sudu teh jintan putih
5 biji bawang merah
4biji buah keras
2 batang serai
1inci  halia
1 sudu lada hitam


1/2 cawan minyak
1/2 cawan air asam jawa
sedikit kerisik
sedikit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1: Panaskan minyak tumis bahan kisar
2:bila agak kekuningan masukkan ayam biar sebentar
3:kemudian masukkan air asam jawa
4:akhir sekali baru masukkan kerisik dan garam

Sabtu, 24 November 2012

Ayam masak Bijan

Bahan-Bahan:
1 kilo ayam
15 cili kering
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1/4 kilo bijan
Garam
Gula
Minyak

Cara-cara membuatnya:
1. Ayam diperap bersama serbuk lada sulah,garam dan kunyit. Goreng.
2. Bijan digoreng tanpa minyak. Kisar.
3. Tumiskan bahan tumis. Masukkan ayam.
4. Kemudian masukkan bijan,air asam jawa,garam,gula dan sedikit air.
5. Hidangkan.

Rabu, 21 November 2012

Apam Pelangi

Bahan-bahan:
8 biji telur ayam [sukatan menggunakan gelas][sukatan telur = sukatan tepung]
1 gelas tepung gandum
1 tin kelapa kering
1 gelas gula
1 botol aiskrim soda [merah,hijau,kuning]
1 sudu teh baking powder

Cara-cara membuatnya:
1. Kelapa dibahagi 3 bahagian.
2. Masukkan aiskrim soda berwarna merah dalam salah satu bahagian kelapa tersebut.
3. Masukkan aiskrim soda bewarna kuning dalam bahagian kelapa yang ke-2.
4. Masukkan aiskrim soda berwarna hijau dalam bahagian kelapa yang ke-3.
5. Jemurkan ketiga-tiga bahagian kelapa tersebut hingga kering.
6. Pukul telur dan masukkan sedikit gula
7. Apabila rata, masukkan tepung gandum.
8. Masukkan baking powder dan kelapa yang telah dijemur tadi.
9. Gaul sehingga rata.
10. Kukus.