Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan

Rabu, 5 Julai 2023

Ikan sadin masak sambal pedas

Bahan-bahan:

1 kilo ikan sadin.

4 biji bawang besar.

4 biji bawang merah kecil.

4 ulas bawang putih .

1/2 inci halia.

3 sudu besar cili kering kisar.

1 biji tomato potong dadu.

5 biji cili belah dua.

4 sudu besar cili sos. 

2 sudu besar tomato sos.

1/2 tin tomato puree.

1/2 sudu besar garam.

2 sudu besar gula.

1 sudu besar sos tiram.

2 cawan air. 

2 limau nipis untuk perap ikan.

Cara-cara menyediakannya:

Ikan dipotong kepala dan ekornya. 

Bersihkan perap sepuluh minit dengan mengunakan 2 sudu garam 2 biji limau nipis.

Sudah diperap basuh semula. 

Toskan dan  ketepikan.

Kisar semua bawang besar ,bawang kecil ,halia dan sepotong tomato.

Panaskan suku cawan minyak tumis bahan kisar  hingga wangi.

Bila sudah betul -betul  kekuningan masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.

Masukkan pati kiub ikan bilis ,sos tiram,tomato puree,tomato potong dan 2 cawan air. 

Kacau bagi sebati dan masukkan ikan,garam dan gula.

Masak selama 1jam dengan api perlahan.

  

Rabu, 8 Jun 2011

Resipi #4:Sambal Petai dan Ikan Bilis

Bahan-Bahannya :
80 gm ikan bilis
5 biji bwg besar 
 50 gm bwg  putih
50 gm cili kisar
100 ml sos cili
50 ml air asam jawa
Garam
Gula
Petai

Cara-Cara membuatnya


Tumis bhn kisar ,cili kisar ,sos cili ,air asam jawa ,garam ,gula ,ikan bilis  yang sudah  digoreng , petai.