Jumaat, 7 Disember 2012

Kari kambing istimewa cik ct.

Bahan-bahannya:

1kilo daging kambing
3 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk kari masak hitam
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan pekat
1/2 sudu makan garam
1/4 sudu makan gula
1/4 sudu makan ajinomoto
1seduk minyak masak
1/2 seduk merjerin

Bahan-bahan untuk dikisar:

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
5 biji cili padi

Cara-cara membuatnya:

1:panas minyak masak dan minyak sapi tumis kulit kayu manis,bunga lawang,
2:kemudian masukkan bahan kisar hingga kekuningan
3:bila sebati masukkan serbuk kari dan serbuk kari masak hitam dicampur sedikit air
4:bila agak masak masukkan daging kambing
5:gaul sebati kemudian masukkan santan dan kerisik
6:akhir sekali masukkan garam,ajinomoto dan gula


Tiada ulasan:

Catat Ulasan