1 ekor ikan jenahak
Bahan-bahan yang dikisar;
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk cili
1sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumber
2 keping asam gelugur direndam dalam air
1 sudu teh garam
1 mangkuk kecik santan pekat
5 biji buah tomato ceri
5 biji bendi
sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
Daun ketumber cincang
Cara-cara membuatnya:
Panaskan belanga masukkan sedikit minyak tumis bahan kisar daun kari serbuk cili serbuk kunyit serbuk kari serbuk ketumber gaul sehingga naik bau baru masukkan air rendaman asam gelugur.
Bila sebati masukkan ikan jenahak asam gelugur dan tambah kan air biar mendidih sebentar masukkan tomato ceri dan bendi akhir sekali masukkan santan dan garam.