Isnin, 13 April 2015

ikan pandan berkuah

bahan-bahannya;

1 cawan santan pekat
1 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan
2 helai daun limau purut
1 ekor ikan bawal hitam
2 biji tomato
1 biji limau nipis
1 batang serai dihiris

bahan yang dikisar;

5 biji cili merah
6 biji bawang merah
4 biji buah keras
4 cm halia
2 cm kunyit hidup
1/2 sudu teh garam

cara memasak;

panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga kekuningan.
baru masukkan serai,daun limau purut,daun pandan gaul rata kemudian masukkan tomato.
tuang santan pekat masak sehingga santan pecah minyak.
bila mendidih masukkan ikan dan air limau nipis.

Rabu, 18 Februari 2015

KARI IKAN JENAHAK

1 ekor ikan jenahak

Bahan-bahan yang dikisar;

10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering

5 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk cili
1sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumber
2 keping asam gelugur direndam dalam air
1 sudu teh garam
1 mangkuk kecik santan pekat
5 biji buah tomato ceri
5 biji bendi 
sedikit minyak untuk menumis

Hiasan: 
Daun ketumber cincang


Cara-cara membuatnya:
Panaskan belanga masukkan sedikit minyak tumis bahan kisar daun kari serbuk cili serbuk kunyit serbuk kari serbuk ketumber  gaul sehingga naik bau baru masukkan air rendaman asam gelugur.
Bila sebati masukkan ikan jenahak asam gelugur dan tambah kan air biar mendidih sebentar masukkan tomato ceri dan bendi akhir sekali masukkan santan dan garam. 






















Ahad, 25 Januari 2015

ACAR KULIT LIMAU KASTURI

20 biji limau kasturi
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cerkih
1/2 cawan gula
1/2 cawan jus limau kasturi
3 sudu besar cuka

Bahan-bahan yang dikisar

10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi
5biji cili kering
1 inci halia

Cara-cara membuatnya ;

Kulit limau kasturi dikikis dan dicuci  kemudian diperah airnya.
Selepas di perah airnya rendam dengan air bercampur garam.Toskan.
Kukus 20 minit sudah masak keluarkan dan sejukkan..
Masukkan dalam balang kaca.

Panas kan minyak masak tumis bahan kisar hingga benar- benar masak.
Baru masukkan air limau kasturi dan juga gula gaul hingga sebati.
Akhir sekali masukkan cuka.Sejukkan tuang dalam balang kaca yang berisi kulit limau tadi.