Isnin, 13 April 2015

ikan pandan berkuah

bahan-bahannya;

1 cawan santan pekat
1 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan
2 helai daun limau purut
1 ekor ikan bawal hitam
2 biji tomato
1 biji limau nipis
1 batang serai dihiris

bahan yang dikisar;

5 biji cili merah
6 biji bawang merah
4 biji buah keras
4 cm halia
2 cm kunyit hidup
1/2 sudu teh garam

cara memasak;

panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga kekuningan.
baru masukkan serai,daun limau purut,daun pandan gaul rata kemudian masukkan tomato.
tuang santan pekat masak sehingga santan pecah minyak.
bila mendidih masukkan ikan dan air limau nipis.