Memaparkan catatan dengan label sedap mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedap mudah. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Mei 2012

BEBOLA MOZELLA KEJU GORENG

5 biji bebola mozella keju
3biji telor dipukul sedikit
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk roti
1kilo minyak masak untuk mengoreng

Cara-cara  membuatnya:
Panaskan minyak.
Tos mozella keju gaul dalam tepung celup dalam telor gaul dalam serbuk roti
Sekali lagi celop dalam telor gaul dalam serbuk roti .
Akhir sekali goreng hingga kekuningan. 

Bahan untuk sos.

3 sudu besar  mayonis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil jus lemon
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
cara membuatnya:
Gaul semua bahan.      

Selasa, 27 Disember 2011

Rendang Pedas Ikan Tongkol


600 gm ikan tongkol
3 gelas santan  kelapa
½ cawan kerisik
10  biji bawang merah
1 ½ cm kunyit
1 helai daun limau purut
15 biji cili kering
2 batang serai
2 keping asam gelugur
1 ½ cm lengkuas
Serbuk perasa
Garam

Cara-cara membuatnya:
-Semua bahan digiling kecuali daun kunyit dimayang halus .
-Ikan  dibersih dan buang tulangnya  letak dalam kuali.
-Gaul  bahan yang tadi dan masukkan kerisik .
-Perap setengah jam kemudian masukkan daun kunyit,serbuk perasa , garam  dan asam keping.    
-Masaklah hingga kuahnya pekat.