Ahad, 25 Januari 2015

ACAR KULIT LIMAU KASTURI

20 biji limau kasturi
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cerkih
1/2 cawan gula
1/2 cawan jus limau kasturi
3 sudu besar cuka

Bahan-bahan yang dikisar

10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi
5biji cili kering
1 inci halia

Cara-cara membuatnya ;

Kulit limau kasturi dikikis dan dicuci  kemudian diperah airnya.
Selepas di perah airnya rendam dengan air bercampur garam.Toskan.
Kukus 20 minit sudah masak keluarkan dan sejukkan..
Masukkan dalam balang kaca.

Panas kan minyak masak tumis bahan kisar hingga benar- benar masak.
Baru masukkan air limau kasturi dan juga gula gaul hingga sebati.
Akhir sekali masukkan cuka.Sejukkan tuang dalam balang kaca yang berisi kulit limau tadi.