Ahad, 18 November 2012

Ikan Siakap Goreng Bersos

Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji kuning telur
sedikit garam
sedikit gula
1 cawan kecil tepung jagung

Sos:
5 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 ikat daun ketumbar
5 helai daun limau purut
1/2 cawan air asam jawa
1/4 cawan cuka.
3 sudu makan sos ikan
sedikit air
gula
garam.

Cara membuatnya:
1. Gaul ikan bersama garam dan gula
2. Lumurkan dgn tepung jagung
3. Goreng dan ketepikan.

Sos:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih,cili kisar,daun limau purut,daun ketumbar,air asam jawa,cuka,sos ikan,gula dan sedikit air.
3. Akhir sekali,masukkan garam.
4. Tuangkan keatas ikan goreng tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan