Isnin, 19 November 2012

Ikan Patin masak Serai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (perap dengan air limau)
1/2 cawan tepung jagung
1 biji putih telor
sedikit garam
1 biji bawang besar dimayang bulat
2 biji bawang putih diketuk
3 helai daun limau purut dimayang halus
sedikit serbuk perasa
sedikit gula

Bahan kisar:
4 batang serai
2 cm kunyit hidup
20 cili padi

Hiasan:
Daun limau purut dihiris halus
Cili merah dihiris

Cara-cara membuatnya:
1.Sapukan putih telur di atas ikan.
2. Celupkan ikan dalam tepung jagung.
3. Panaskan minyak yang banyak.
4. Goreng ikan hingga kekuningan.
5. Tumis bawang putih.
6. Masukkan bahan kisar sehingga naik baunya.
7. masukkan garam,ikan goreng,daun limau purut hiris halus,serbuk perasa dan gula.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan