Khamis, 9 Jun 2011

Resipi #8:Ikan Tongkol Masak Kari


Bahan-Bahan:
1ekor   ikan tongkol
Bhn A;KISAR
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 inci halia
BHN B;BHN TUMIS
2 batang   serai
Sedikit halba
Sedikit cili padi
BHN C;DICAMPUR DGN AIR
3 sudu serbuk kari ikan
1 sudu serbuk ketumber
1sudu  jintan manis 
2 sudu  cili kisar
Santan pekat  atau yought

Cara-Cara Membuatnya:
Panas minyak masukkan bhn tumis dan bhn kisar kemudian masukkan bhn yang dicampur air.
Ikan tongkol  yang digoreng terlebih dahulu.
Bila sudah agak pekat masukkan santan pekat  dan  air  asam jawa.
Kalau di campur yought  tak perlu air  asam jawa.      

Rabu, 8 Jun 2011

Resipi #7:Nasi Dagang


Bahan-Bahan:
3 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
Beras dicampur dan direndam 8 atau 9 jam
1 cawan santan cair
½ cawan santan pekat
Halia dimayang halus
Bwg merah dimayang  
Halba
Garam
Gula

Cara-Cara membuatnya:
1; Beras ditos dan dikukus selama 20 minit kemudian keluarkan .
2; Campur  kan beras dgn santan cair kukus   lagi 10 atau  15 minit .
3; Keluar kan dari pengukus campur lagi dgn santan pekat ,garam,gula,halia,bwg merah ,halba.
4;Ratakan dgn daun pisang tutup dgn daun pisang.Kukus lagi sampai masak .

Resipi #6:Kek Lobak Merah


Bahan-Bahan :
250 gm mentega
150 gm gula halus
3biji  telor 
230gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
2/5 sudu kulit kayu manis
200gm lobak merah parut dan direbus  tos airnya
50gm kismis dicincang
100gm prun dicincang
TOPPING;
250 gm krim keju
150 gm gula halus

Cara-Cara Membuatnya:
Mentega  ,gula halus dipukul masuk kan telor satu persatu bila sudah kembang masukkan tepung.
Serbuk penaik ,kulit kayu manis ,kismis ,prun, gaul.
 Akhir sekali  lobak merah.Kukus 1 ½ jam.

Resipi #5: Kuih Siput

Bahan-Bahan:
5 Cawan tepung  gandum
1 biji telor
50 gm merjerin
1 sudu kecil  serbuk jintan manis
1sudu kecil serbuk jintan putih
2sudu kecil serbuk udang kering
1sudu kecil garam
Sedikit  serbuk perasa
3 sudu besar cili boh atau serbuk cili
Daun bwg dan daun sup dihiris halus
Santan pekat

 Cara-Cara Membuatnya:
1; gaul semua bhn  kecuali  santan hingga bercampur semua nya .
2; uli  dgn santan hingga menjadi doh 
3; cubit sedikit adunan gentel dan tenyeh diatas papan acuan kuih siput
4; goreng dgn minyak yang  banyak .

Resipi #4:Sambal Petai dan Ikan Bilis

Bahan-Bahannya :
80 gm ikan bilis
5 biji bwg besar 
 50 gm bwg  putih
50 gm cili kisar
100 ml sos cili
50 ml air asam jawa
Garam
Gula
Petai

Cara-Cara membuatnya


Tumis bhn kisar ,cili kisar ,sos cili ,air asam jawa ,garam ,gula ,ikan bilis  yang sudah  digoreng , petai.

Isnin, 6 Jun 2011

Resepi #3: Penang Char Kuey Teow

Bahan-Bahan:

1 Senduk Kecil Minyak Masak
½ Biji Bawang Putih (dipotong halus)
1 Biji Telur
4 Ekor Udang (mengikut kegemaran)
1 Sudu Cili (Boh @ Giling)
1 Genggam Kuey Teow(Pilih paling halus)
1 Genggam Taugeh
1 Senduk Kicap Char Keow Teow
Sedikit Kucai

Cara:
1)Panaskan Minyak
2)Masukkan Udang , Bawang , KeowTeow dan Cili                  

3)Kacau selama 10 saat
4)Masukkan Taugeh dan Kucai, kacau sikit dan terus tutup api.
5)Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak, takder kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)
Jangkamasa masak : 40saat (bergantung dengan saiz api)

Resepi #2: Ketam Mentega Bersalut Telur Masin


Bahan-Bahan
1 kilo ketam
100 gram mentega
5 biji telur masin yang telah direbus (guna bahagian merahnya sahaja)
Garam

Cara membuatnya:
1. Mula-mula  rebus ketam sehingga masak .
2. Selepas itu panaskan kuali dan masukkan  mentega .
3. Seterusnya masukkan telur masin yang telah dihancurkan kacau hingga sebati.
4. Masukkan garam.
5. Akhir sekali masukkan ketam yang sudah direbus.

Resipi #1: Ayam Masak Keju


Bahan-bahan:
A:
½  ekor  ayam
serbuk kunyit
garam

Bahan untuk sos keju:
5 keping keju.
Whipping cream
Parmesan Cheese

Cara membuatnya:
1. Bahan A digaul dan diperap dan digoreng.
2. 5 keping keju dicairkan dan diletakkan whipping cream.
3. Didihkan dan taburkan Parmesan Cheese.